LatLong merupakan singkatan daripada perkataan Latitude dan Longitude yang memberi kedudukan yang tepat di atas muka bumi ini. Tutorial ini akan menunjukkan cara untuk mendapatkan LatLong sesuatu lokasi secara mudah di Google Maps. LatLong ini boleh dimasukkan samada ke dalam peranti GPS atau aplikasi GPS di telefon bimbit untuk memimpin pemandu ke lokasi yang dicari. LatLong ini juga boleh dimasukkan di dalam kad perkahwinan bagi memudahkan tetamu mencari lokasi perkahwinan tersebut.
Kaedah:
1. Masuk ke laman web Google Maps di PC anda. Login akaun google anda sekiranya belum login.
2. Cari lokasi yang dikehendaki. (Taip alamat/nama jalan/nama tempat). Klik Maps Labs di bahagian kiri bawah peta.
3. Popup Maps Labs akan dipaparkan. Scroll sehingga jumpa pilihan LatLong Tool Tip dan LangLong Marker. Enable kedua-dua fungsi ini dan klik Save Changes.
4. Bawa cursor tetikus anda ke lokasi yang dikehendaki. Tekan SHIFT untuk memaparkan LatLong. Bagi memudahkan menyalin LatLong, klik kanan (right click) dan pilih Drop LatLong Marker. Bacaan LatLong akan dipaparkan di skrin untuk disalin.
Selamat mencuba.






Sebuah lagi projek “benchmark” Oh! Media, sebuah syarikat yang beroperasi di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Dengan sokongan lebih 1 juta followers melalui social media, kami mensasarkan laman ini akan menjadi web teknologi nombor satu di Malaysia. 