Pertama sekali kami dengar tentang jeans ini, kami seperti…..WTF! Kreatif gila orang di luar sana yang mereka jeans khas untuk pemggemar gajet.
WTF jeans dicipta oleh dua orang geek stelah mereka merasakan susah untuk mencari jeans yang berkualiti, murah dan gadget friendly. Oleh itu mereka telah mengupah pereka fesyen untuk mereka sepasang jeans.

Idea asal cuma untuk buat beberapa helai jeans tapi telah mendapat permintaan ramai daripada geek di serata dunia. WTF Jeans V1 telah habis dijual dan sekarang mereka dalam proses menghasilkan WTF Jeans V2 yang bakal dikeluarkan sebanyak 2028 (2GB) helai pada penghujung 2011.
Dengan WTF Jeans anda tidak lagi perlu risau yang gajet anda akan calar atau rosak. Tonton video di bawah untuk lihat dengan jelas lagi.
Sebuah lagi projek “benchmark” Oh! Media, sebuah syarikat yang beroperasi di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Dengan sokongan lebih 1 juta followers melalui social media, kami mensasarkan laman ini akan menjadi web teknologi nombor satu di Malaysia. 