Adakah Windows 8 Akan Membolehkan Anda Membuat Panggilan Telefon?

Umum semua tahu bahawa Microsoft telah membeli Skype pada harga $8.5 Billion. Adakah pembelian ini berkait rapat dengan fungsi panggilan suara yang bakal diperkenalkan dalam Windows 8 kelak? Melalui layar skrin pada BUILD conference minggu lepas menunjukkan terdapat VOIP pada Windows 8. Kami merasakan keputusan Microsoft membeli Skype agak berbaloi dengan menjadikan Skype sebahagian besar dalam Windows 8.

Blue Screen Windows 8 Ada Smiley Sedih

Blue Screen dengan windows memang tidak dapat dipisahkan. Jika anda sudah memasang dan mengguna Windows 8 Developer Preview anda mungkin sudah jumpa blue screen. Kelihatan Microsoft sudah mengemaskini Blue Screen yang bagi kami agak bosan dari segi UX.

Apa pendapat anda pula?

Muat Turun Windows 8 Developer Preview ISO 64-bit / 32-bit

Hari ini seperti yang dijanjikan, Microsoft telah melepaskan Windows 8 Developer Preview ISO kepada 64-bit dan 32-bit kepada umum. Ini merupakan peluang kepada anda untuk mencuba Windows 8. Seperti sebelum ini, Microsoft akan melepaskan versi developer preview terlebih dahulu sebelum melepaskan versi Beta. Ini mungkin salah satu cara Microsoft untuk mendapatkan lebih ramai pengguna di peringkat awal pembangunan Windows 8.

Tiga versi Developer Preview boleh didapatkan hari ini iaitu versi 64 bit bersama developer tools dan aplikasi Metro, versi 64-bit tanpa developer tools dan versi 32-bit tanpa developer tools. Kesemua versi ini sama sahaja tetapi jika anda ingin membangunkan aplikasi Windows 8 anda tahu yang mana perlu anda muat turun.

Pengguna Windows sedia ada tidak boleh menaik taraf ke Windows 8 kerana versi Windows 8 Developer Preview hanya boleh diguna untuk clean install. Windows 8 memerlukan sekurang-kurangnya 1GHz pemproses, 1GB Ram, 16GB pemacu keras dan DirectX 9 grafik kad.

Muat Turun Windows 8 Developer Preview (64-bit) bersama Developer Tools
Muat Turun Windows 8 Developer Preview (64-bit) tanpa developer tools
Muat Turun Windows 8 Developer Preview (32-bit)

Tablet Dan Desktop Windows 8 Diperlihatkan Oleh Microsoft

Menjadi sesuatu yang menarik apabila satu syarikat memperkenalkan sesuatu yang baru dengan melakukan demonstrasi gajet terbaru tersebut. Microsoft, sebuah gergasi perisian telah menunjukkan beberapa produk terbaru mereka.

Eksekutif Microsoft telah memperkenalkan beberapa notebook, tablet dan desktop yang menggunakan sistem operasi terbaru, Windows 8. Steve Sinofsky telah demo Windows 8 menggunakan peranti yang dikuasakan oleh Qualcomm dan satu tablet (NVIDIA guad core Tegra 3 chipset). Beliau juga telah mendemo Windows 8 di satu desktop – HP Phoenix. Kesemua peranti ini akan di perkenalkan secara terperinci dalam beberapa hari lagi.

Daripada apa yang yang kami faham, Windows 8 ialah lebih dari sekadar naik taraf versi sebelum ini. Antaramuka Metro misalnya, akan membuatkan ramai pengguna teruja untuk mendapatkan Windows 8. Bagi yang pernah mengguna Windows Phone 7 anda mungkin faham apa yang kami cuba sampaikan. Windows 8 juga boleh dijalankan pada apa saja jenis notebook dan dekstop.

Lagi beberapa gambar daripada Microsoft’s BUILD Keynote. via BGR