Harga Sony Ericsson Xperia Ray Ditukar Menjadi Lebih Murah

Sebelum ini, Xperia Ray daripada Sony Ericsson dijual dengan harga RM1,899 tetapi Sony Ericsson telah mengubah harga Xperia Ray kepada RM1,279. Dengan harga yang lebih murah pastinya ia akan menarik perhatian para pengguna yang tercari-cari telefon pintar baru.

Dengan harga yang lebih murah ini, peminat android juga boleh mendapatkan Xperia Ray kerana ia menggunakan platfom Android terbaru iaitu Gingerbread 2.3 dengan sokongan Facebook. Selain itu, ciri-ciri seperti pemproses 1Ghz, Reality Display (Mobile Bravia Engine) dan kamera 8.1mp dengan sokongan HD pastinya mengujakan para pengguna.

Pengguna boleh dapatkan Sony Ericsson Xperia ray di Malaysia dengan harga RM1,279 (RRP).

Load Runner X Daripada Tozai Games Boleh Didapati Eksklusif Di Xperia PLAY

Sony Ericsson telah mengumumkan hubungan baru bersama Tonzai Games baru-baru ini, dalam menambah senarai portfolio kerjasama permainan telefon pintar Xperia Play. Hubungan kerjasama ini akan membawakan permainan hit “Load Runner” untuk Android buat pertama kali. Bermula November 2011, ia boleh didapati eksklusif di Xperia PLAY dan peranti Xperia yang lain.

Lode Runner ialah permainan pertama yang dihasilkan oleh Broderbund pada tahun 1983. Ia merupakan permainan pertama yang dilancarkan dengan aras editor yang menyokong kawalan papan kekunci dan kayu ria.