Rasanya telah ramai pengguna peranti-i (iDevice) telah mencuba iOS 5 iaitu OS terbaru yang telah diperkenalkan oleh Apple di mana terdapat lebih daripada 200 ciri-ciri baru yang menyenangkan pengguna. Bagi yang sebelum ini pernah jailbreak peranti-i mereka, pasti merasakan ianya masih tidak lengkap tanpa jailbreak ini. Entri kali ini akan menunjukkan cara untuk jailbreak iOS 5 bagi semua jenis peranti-i. Jailbreak bagi iOS 5 masih tethered iaitu anda harus menyambungkan peranti-i kepada komputer dan melaksanakan semula proses jailbreak untuk memasuki mod tethered setiap kali peranti-i anda perlu reboot atau off. Semua peranti-i yang boleh memakai iOS 5 boleh menggunakan cara ini kecuali iPad 2 dan iPhone 4S. [Read more...]

Sebuah lagi projek “benchmark” Oh! Media, sebuah syarikat yang beroperasi di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Dengan sokongan lebih 1 juta followers melalui social media, kami mensasarkan laman ini akan menjadi web teknologi nombor satu di Malaysia. 