Review OS X Mountain Lion

 

Syarikat gergasi komputer Apple telah melepaskan sistem pengoperasian (OS) komputernya yang terbaru iaitu OS X 10.8 yang diberi nama Mountain Lion (ML) pada 25/7/2012 kepada pengguna. Sebagaimana OS X Lion, ML hanya dilepaskan secara elektronik di mana pengguna boleh menaik taraf OS baru ini melalui muat turun di Mac App Store. Pengguna yang menaik taraf OS mereka samada melalui Lion mahupun Snow Leopard hanya perlu membayar sebanyak $19.99 sahaja manakala pengguna yang telah membeli komputer Mac baru selepas pelancaran WWDC 2012 pada Jun yang lalu akan mendapat OS ini secara percuma. Terdapat 200 ciri baru di ML yang menggabungkan ciri-ciri yang terdapat pada OS X sebelum ini dan ciri-ciri pada iOS yang digunakan pada peranti-i Apple seperti iPhone, iPad dan iPod. Ini menjadikan ML ini lebih mesra pengguna, mesra perhubungan sesama peranti,  interaktif, menarik, lancar dan menjadi OS bercirikan masa hadapan. Entri ini akan membincangkan 10 ciri utama yang terdapat pada ML. [Read more...]