Pada 26 dan 27 Oktober bertempat di London, Nokia telah menganjurkan acara tahunan mereka iaitu Nokia World 2011. Acara yang dijalankan setiap tahun ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan teknologi dan juga peranti terbaru daripada mereka. Berikut ringkasan daripada Nokia World 2011 yang telah berlansung.
Pelancaran Nokia Lumia 800
Seperti mana khabar angin yang mengatakan Nokia akan melancarkan peranti menggunakan sistem operasi Windows Phone 7, pada Nokia World 2011 ini Nokia akhirnya telah melancarkan peranti tersebut.

Nokia Lumia 800 didatangkan dengan sistem operasi Windows Phone Mango 7.5, pemproses Qualcomm 1.4GHz, memori sebanyak 512mb RAM dan memori dalaman seluas 16gb berserta 25gb ruang storan percuma di Skydrive. Kamera beresolusi 8 mp dengan lensa dari Carl-Zeiss membolehkan anda membuat rakaman video 720p pada kadar 30fps. Walaubagaimanapun, satu ciri yang menarik yang ada pada Nokia N9 yang boleh dianggap kembar kepada peranti ini iaitu NFC, tidak disediakan di Nokia Lumia 800. Antara ciri istimewa yang terdapat pada Nokia Lumia 800 ialah Nokia Drive, Nokia Music dan juga ESPN Sports Hub.
Harga : RM 1,700 (anggaran)
Tarikh pelancaran di Malaysia : dianggarkan pertangahan November.
Pelancaran Nokia Lumia 710
Selain dari Nokia Lumia 800, Nokia juga turut melancarkan Nokia Lumia 710 yang merupakan peranti Windows Phone 7.5 dengan spesifikasi dan harga yang lebih rendah.

Selain dari rupa yang berbeza dari Nokia Lumia 800, perkara lain yang membezakannya ialah ruang storan dalaman yang hanya 8gb dan resolusi kamera diturunkan kepada 5mp. Satu keunikan Nokia Lumia 710 ialah ia menggunakan butang fizikal untuk navigasi berbanding peranti Windows Phone lain di pasaran yang menggunakan butang jenis skrin sentuh.
Harga : Belum diketahui
Tarikh Pelancaran di Malaysia : hujung November
Pelancaran Nokia Asha 200, 300 dan 303

Selain daripada pelancaran Nokia Lumia 800 dan Lumia 710, Nokia turut melancarkan telefon bimbit Nokia Asha 200, 300 dan 303. Pelancaran telefon ini disasarkan untuk golongan yang masih meminati sistem operasi Symbian S40 dan lebih berminat untuk menggunakan telefon bimbit berbanding telefon pintar. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara menarik tentang keluarga Asha seperti Nokia Asha 200 yang menyediakan slot sim berkembar. Selain itu, Nokia Asha 300 disertakan dengan pemproses 1GHz dan juga kamera 5mp. Diharap dengan pelancaran peranti ini dapat membantu Nokia menguasai pasaran telefon bimbit dengan harga yang rendah.
Sebuah lagi projek “benchmark” Oh! Media, sebuah syarikat yang beroperasi di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Dengan sokongan lebih 1 juta followers melalui social media, kami mensasarkan laman ini akan menjadi web teknologi nombor satu di Malaysia. 