Dalam acara Apple pada penghujung bulan Oktober yang lepas, Apple telah melancarkan satu lagi produk flagship mereka di dalam barisan komputer Mac dengan melancarkan MacBook Pro Retina Display bersaiz 13-inci (MBP RD 13″). Ia merupakan kesinambungan Apple dalam menghasilkan produk-produk yang mempunyai skrin berresolusi dan berketumpatan piksel tinggi di mana sebelum ini mereka telah menghasilkan MacBook Pro Retina Display 15-inci (MBP RD 15″), iPad 3/4 dan iPhone 4/4S. Entri ini akan memberi review secara ringkas produk baru daripada syarikat bernama buahan ini iaitu MBP RD 13″.
Apple Turut Mengemaskini Barisan Komputer Mac Mereka
MacBook Pro Retina Display 13 Inci
Selain daripada melancarkan iPad Mini dalam acaranya sebentar tadi, Apple turut mengemaskini barisan komputer Mac mereka. Antara yang menjadi penantian semua adalah pelancaran MacBook Pro Retina Display (MBP RD) bagi saiz 13″ yang sebelum ini begitu banyak khabar angin tentang pelancarannya. Seperti MBP RD 15″ yang dilancarkan sebelum ini, MBP RD 13″ ini juga mempunyai skrin berpixel tinggi iaitu 2560 x 1600 yang memberi 227 ppi dan menggunakan memori SSD Flash.
Apple mengemaskini barisan Macbook Pro
Apple hari ini telah mengemaskini barisan komputer riba mereka iaitu Macbook Pro dengan beberapa penambahbaikan. Seperti yang dapat dilihat, pihak Apple menumpukan kepada tiga perkara utama iaitu pemproses, grafik dan juga pada sambungan.
Kemaskini ini dibawa untuk semua model Macbook Pro iaitu model 13-inci, 15-inci dan juga model 17-inci. Untuk pemproses, Macbook Pro model 13-inci kini dilengkapi dengan pemproses 2.4GHz intel i5 dan juga 2.8GHz intel i7 di mana kedua-duanya teras berkembar. Bagi model 15-inci, terdapat dua pilihan iaitu pemproses 2.2GHz intel i7 dan 2.4GHz intel i7 di mana kedua-dua nya adalah pemproses 4 teras.

Selain daripada kemaskini pemproses, Macbook Pro model 15-inci dan model 17-inci disertakan dengan cip grafik AMD Radeon 6770M yang mana akan menambah baik prestasi sebanyak 2x ganda dalam bermain permainan dan juga kerja-kerja mengedit video HD.
Perkara menarik tentang kemaskini ini ialah biarpun dengan peningkatan yang begitu ketara, namun harga jualan bagi Macbook Pro kekal sama seperti generasi sebelumnya.


Sebuah lagi projek “benchmark” Oh! Media, sebuah syarikat yang beroperasi di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Dengan sokongan lebih 1 juta followers melalui social media, kami mensasarkan laman ini akan menjadi web teknologi nombor satu di Malaysia. 