One X+ dilancarkan oleh HTC pada bulan lepas dan telahpun dilancarkan di Singapura baru baru ini. HTC One X+ adalah smartphone Android terhebat di pasaran ketika ini dengan spesifikasi yang dipertingkatkan daripada HTC One X sebelum ini. Antara ciri ciri hebat HTC One X+ adalah :

* Skrin Super LCD2 dengan 720 x 1280 piksel, skrin bersaiz 4.7 inci
*HTC Sense UI 4+
*Quad-Core (4-teras) 1.7 GHz NVIDIA Tegra 3
*1 GB RAM, 64GB memori
*Kamera 8 Megapiksel, rakaman video HD penuh
*Sokongan Beats Audio
*Bateri 2100 mAh dan tebal hanya 8.9mm
*Android Jelly Bean 4.1

Banyak perkara yang dipertingkatkan daripada model sebelum ini dengan prestasi yang lebih laju serta bateri yang lebih baik. HTC One X+ ini juga dikatakan lebih berkuasa daripada Samsung Galaxy SIII.
Sudah tentu ramai penggemar Android di Malaysia akan membeli smartphone terbaru daripada HTC yang berkuasa tinggi ini. Dijangka akan mula dijual di Malaysia beberapa hari lagi dan model 64GB akan dijual dengan harga RRP Rm 2099. (Sumber info harga adalah daripada MalaysianWireless.com)
Selain itu, dua lagi smartphone hebat daripada HTC yang menggunakan Windows Phone 8 iaitu HTC 8X dan HTC 8S juga akan mula dijual di Malaysia dalam bulan ini juga. iPhone 5 juga akan mula dijual pada 30 November ini. November adalah bulan yang menarik kerana banyak smartphone hebat akan mula dijual di Malaysia. Mana satu yang anda pilih? :)














Sebuah lagi projek “benchmark” Oh! Media, sebuah syarikat yang beroperasi di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Dengan sokongan lebih 1 juta followers melalui social media, kami mensasarkan laman ini akan menjadi web teknologi nombor satu di Malaysia. 