Facebook Cuba Bersaing Dengan Instagram

Instagram ialah satu aplikasi sosial perkongsian gambar bagi pengguna iPhone. Boleh dikatakan Instagram ialah aplikasi wajib ada bagi pengguna Instagram. Kami sendiri di Oh! Geekz menggunakan Instagram kerana aplikasi ini amat seronok dengan filter gambar yang pelbagai.

Menurut NY Times(via Gizmodo), Facebook bakal memperkenalkan beberapa filter gambar termasuk seperti yang terdapat pada Instagram di Facebook App mereka sendiri. via Gizmodo

Fungsi baru ini mungkin bakal membunuh Instagram secara perlahan-lahan, tapi kami rasa fungsi ini tidak akan dapat menandingi kehebatan dan keseronokan menggunakan Instagram. Apa kata anda?