OS X Mountain Lion merupakan sistem pengoperasian (OS) baru yang telah dikeluarkan oleh Apple pada penghujung Julai yang lalu. Sebagaimana semua sedia maklum, ia dikeluarkan dalam versi muat turun di Mac App Store tanpa wujud dalam versi bootable disk mahupun DVD installer. Oleh itu, sekiranya pengguna ingin menaik taraf OS Mac lain yang dimilikinya, pengguna perlu memuat turun semula installer Mountain Lion di Mac App Store. Tutorial ini akan menunjukkan bagaimana untuk menghasilkan bootable disk installer Mountain Lion untuk digunakan bagi instalasi di Mac tanpa perlu memuat turun semula installer Mountain Lion dan juga untuk digunakan sekiranya pengguna ingin membuat instalasi bersih Mountain Lion.

Sebuah lagi projek “benchmark” Oh! Media, sebuah syarikat yang beroperasi di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Dengan sokongan lebih 1 juta followers melalui social media, kami mensasarkan laman ini akan menjadi web teknologi nombor satu di Malaysia. 