Curve 9360 Taruhan Baru Blackberry Berprestasi Tinggi

Hujung minggu yang lalu kami sempat mencuba model curve baru iaitu 9360 disebuah pusat membeli belah sekitar Kuala Lumpur. Dalam masa tidak sampai setengah jam mencuba dan membelek Curve 9360 kami rasa kami telah jatuh cinta degan model Curve terbaru ini. Lalu beberapa kajian dibuat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang CUrve 9360.

Blackberry Curve 9360 direka anggun dan nipis disamping ciri ergonomik melalui papan kekunci klasik. Selain sokongan WiFi, ia turut memiliki kamera beresolusi lima megapiksel dan dikongsikan dengan fungsi NFC dan ciri sambungan internet laju menggunakan webkit HTML5. Harga yang ditawarkan ialah sekitar RM1200.

RIM telah beralih daripada membuat Blackberry Curve line rasa murah. Sebaliknya, mereka telah memberikan rekaan yang elegan dan anggun sementara memastikan ia masih kekal dengan kos yang efektif bagi pengguna akhir.

Namun terdapat beberapa kelemahan pada Curve 9360. Sementara peranti lain telah menggunakan pemproses 1.2GHz, Curve 9360 masih kekal dengan pemproses 800MHz. Ia juga tidak mempunyai rakaman video HD.

Kesimpulannya, Curve 9360 merupakan “entry level” bagi Blackberry 7 Smartphone yang mana mampu menandingi Bold 9780 (Blackberry 6 flagship). Blackberry Curve 9360 ialah pilihan yang tepat jika anda memerlukan peranti yang baik tanpa perlu menghabiskan duit anda.