iPad Mini dan iPad Generasi Ke-4 Dilancarkan Secara Rasmi Oleh Apple

Setelah beberapa bulan spekulasi demi spekulasi akan kemunculannya, akhirnya iPad Mini telah dilancarkan secara rasmi oleh Apple dalam acara pada 23 Oktober 2012 di California Theater, San Jose. Dari segi reka bentuk, ia menyerupai iPad generasi ke 3 sebelum ini dengan binaan belakang yang lebih menarik tetapi menggunakan skrin yang lebih kecil dan ketebalan yang lebih nipis. iPad Mini mempunyai skrin sebesar 7.87″ berresolusi 1024×768 dengan 163 ppi iaitu sedikit rendah berbanding iPad 3 (264 ppi) tetapi lebih baik daripada iPad 2 (132 ppi). [Read more...]

Adakah anda seorang Apple Fanboy? Bahagian 2

Jikalau sebelum ini anda telah menonton video fanboy bahagian 1, video ini adalah sambungannya. Ia membawa dialog yang lebih kelakar menunjukkan seorang diehard fan Apple.

Enjoy.

Adakah anda seperti ini?

 

Saksikan bahagian 1

 

Adakah anda seorang Apple Fanboy?

Anda sememangnya seorang fanboy sekiranya anda didapati seperti ini.

 

Adakah anda seperti ini? Eheh..

Review OS X Mountain Lion

 

Syarikat gergasi komputer Apple telah melepaskan sistem pengoperasian (OS) komputernya yang terbaru iaitu OS X 10.8 yang diberi nama Mountain Lion (ML) pada 25/7/2012 kepada pengguna. Sebagaimana OS X Lion, ML hanya dilepaskan secara elektronik di mana pengguna boleh menaik taraf OS baru ini melalui muat turun di Mac App Store. Pengguna yang menaik taraf OS mereka samada melalui Lion mahupun Snow Leopard hanya perlu membayar sebanyak $19.99 sahaja manakala pengguna yang telah membeli komputer Mac baru selepas pelancaran WWDC 2012 pada Jun yang lalu akan mendapat OS ini secara percuma. Terdapat 200 ciri baru di ML yang menggabungkan ciri-ciri yang terdapat pada OS X sebelum ini dan ciri-ciri pada iOS yang digunakan pada peranti-i Apple seperti iPhone, iPad dan iPod. Ini menjadikan ML ini lebih mesra pengguna, mesra perhubungan sesama peranti,  interaktif, menarik, lancar dan menjadi OS bercirikan masa hadapan. Entri ini akan membincangkan 10 ciri utama yang terdapat pada ML. [Read more...]

Tiada iPhone 5 kali ini. Hanya iPhone 4S

Beberapa jam sebelum pengumuman rasmi oleh Apple, The Next Web telah mengeluarkan perancangan Apple pada acara pengumuman rasmi iPhone baru sebentar nanti.

Menurut sumber dalaman di Apple, dipercayai Apple tidak akan mengeluarkan iPhone5 pada pengumuman kali ini, tetapi hanya mengeluarkan iPhone 4S sahaja pada acara kali ini. iPhone terkini yang dilengkapi dengan kamera 8 megapiksel, A5 processor (sama dengan iPad2), optik yang diperbaiki, 1GB RAM dan jaminan GPS yang jauh lebih tepat berbanding sebelum ini.

“Sources familiar with Apple’s plans have revealed to us that Apple will indeed debut the new iPhone 4S today, featuring an 8-megapixel camera with “improved optics” and a “more accurate differential GPS stage” thanks to Apple’s new Qualcomm chipset.

Our sources tell us the iPhone 4S “is much more powerful than an iPhone 4″ and “feels like the high-end device”, all but confirming that the device will feature Apple’s new A5 processor and include 1GB RAM, as tipped in previous reports, noting that the device will retain the same dimensions and design as the iPhone 4.” – Matt Brian, The Next Web.

Kami pasti jika perkara ini benar, pasti ramai peminat iPhone akan kecewa kerana mengikut sejarah mereka sebelum ini, hanya beberapa bulan selepas iPhone 3G dikeluarkan, iPhone 3GS pula menyusul. Besar kemungkinan iPhone 4S akan mengalami perkara yang sama juga. Mengikut rumor, jika kali ini Apple mengumumkan iPhone 4S, iPhone 5 akan menyusul Mei 2012 nanti.

Kami akan keluarkan update mengenai reka bentuk iPhone terbaru ini. Apapun kami masih berharap yang ianya adalah iPhone 5, dan bukannya iPhone 4S seperti yang diberitahu.

Aksesori Terbaru Untuk iPad 2 Dari Logitech

Bagi peminat aksesori iPad, Logitech telah memperkenalkan aksesori terbaru pada baru-baru ini yang akan meningkatkan produktiviti anda dengan penggunaan tablet iPad 2.

Fold-Up Logitech Keyboard direka khas untuk iPad 2, berfungsi dengan penyambungan Bluetooth terus ke iPad. Ianya sesuai digunakan di pejabat ataupun di dalam kelas, dimana ianya mengubah tablet iPad anda seakan-akan netbook memberi anda satu sudut yang berlainan untuk anda bekerja di atas meja tambahan pula paparan sebenar keyboard diselaraskan bagi penggunaan menaip. Anda juga boleh menjimatkan masa dengan menggunakan pintasan keyboard untuk arahan yang anda gunakan paling kerap, seperti copy, paste, undo dan banyak lagi.

Keyboard yang mudah ditarik keluar untuk digunakan dengan segera selepas ianya dibuka dari lipatan. Dan tablet anda akan terpadam secara automatik apabila keyboard dilipat masuk kebawah tablet anda untuk menjimatkan kuasa bateri. Ipad dicaj menggunakan USB, jadi anda tidak perlu bimbang tentang kehabisan bateri. Dengan lipatan kemas keyboard dibawahnya, anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mencapai atau bergegas untuk ke kelas mahupun perjumpaan.

Aksesori ini juga menyokong penggunaan Smart Cover bagi anda yang paranoid tentang melindungi skrin tablet iPad anda. Fold-Up Logitech Keyboard boleh didapati dengan harga $129.99, manakala Smart Cover dijual secara berasingan.

Review App – TeamViewer

 

TeamViewer adalah sebuah nama yang tidak asing bagi pengguna ICT terutama sekali bagi para downloader. Bagi mereka yang biasa membiarkan komputer di rumah mereka terpasang untuk membiarkan proses muat turun berlaku secara berterusan pasti akan menggunakan aplikasi TeamViewer ini. Secara asasnya, TeamViewer adalah sebuat aplikasi untuk melakukan pengoperasian atau control sesebuah komputer dengan komputer atau device yang lain secara sambungan internet. Kebiasaan yang dilakukan oleh insan yang sudah bekerja plus kaki download adalah menambah file torrent untuk proses download untuk komputer di rumah dengan menggunakan komputer yang berada di pejabat atau sebaliknya. Semuanya dilakukan dari jarak jauh dengan perantaraan aplikasi ini dan sambungan internet. (Boleh juga digunakan untuk on webcam di komputer atau laptop sebagai CCTV).

[Read more...]

Review Cydia App – SlideAway

Sebelum iOS 5 keluar yang dijangka turut memberi upgrade kepada LockScreen iPhone, boleh la aku memberi sedikit review aplikasi Cydia  berkaitan LockScreen yang diberi nama SlideAway. Sekurang-kurang tweak ini boleh dijadikan history untuk bakal pengguna iOS 5 nanti dan setidak tidaknya mengurangkan kepahitan bagi kawan-kawan idevice yang tidak menggunakan A4. [Read more...]

Review Cydia App – Installous (App Store Alternative)

Installous merupakan alternatif kepada App Store di mana pengguna dapat menginstall application secara PERCUMA untuk para jailbreaker iPhone.
Berikut adalah kaedah untuk install Installous tersebut: [Read more...]

Review Cydia Apps – SBSetings

Pernahkah anda terasa agak melecehkan untuk On dan Off wireless network iPhone anda seperti WIFI, 3G, Bluetooth, Personal Hotspot dan Airplane? Anda terpaksa pergi ke bahagian Settings dan ON atau Off setiap satu bukan? Kini, masalah tersebut dapat diatasi oleh para jailbreaker  dengan menginstallshortcut yang diberi nama SBSettings.

[Read more...]