Dengan lebih 250 juta gambar yang diupload setiap hari, Facebook menjadi salah satu social network yang paling popular sekali untuk tujuan itu. Bermula hari ini, Facebook telah memperkenalkan pembaharuan di bahagian photo mereka.

Kini, gambar yang diupload akan menyediakan sokongan untuk gambar yang lebih besar. Dahulunya limit kepada 720px, kali ini dikatakan saiz gambar boleh berada di antara saiz 720px hingga 960px kelebarannya. Facebook juga memaklumkan yang semua gambar-gambar yang dimuat-naik ke Facebook, akan dapat dilihat dengan kadar 2 kali ganda lebih laju dari sebelum ini selepas sahaja di’klik.

Tahun lalu, Facebook mengeluarkan paparan gambar berbentuk teater dengan latarbelakang hitam dan mereka mendapat kritikan hebat dari para pengguna yang rata-ratanya tidak menyukai perubahan itu. Untuk itu, buat kali ini mereka menggunakan latar belakang putih dengan memberikan fokus yang lebih kepada gambar yang ingin dilihat pengguna.

Buat masa ini bukan semua pengguna dapat melihat fungsi yang baru ini. Ianya mengambil masa sehari dua untuk disesuaikan kepada semua pengguna.

Perkembangan lain, beberapa hari yang lalu Facebook juga telah memperkenalkan fungsi tetapan yang baru pada status yang ditulis oleh pengguna Facebook. Kini tetapan yang disediakan lebih mudah untuk difahami di mana kini pengguna boleh tag teman-teman yang mereka mahu, menetapkan lokasi di mana status dikeluarkan dan tetapannya status itu untuk siapa, boleh diubah walaupun selepas status dikeluarkan.






Sebuah lagi projek “benchmark” Oh! Media, sebuah syarikat yang beroperasi di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Dengan sokongan lebih 1 juta followers melalui social media, kami mensasarkan laman ini akan menjadi web teknologi nombor satu di Malaysia. 