Berita baik buat penguna Android. Saurik memperkenalkan sebuah aplikasi yang dahulunya dicipta untuk peranti iOS (Cydia) bagi membolehkan penguna iOS membuat sebarang pengubah-suaian pada peranti mereka. Pada hari ini Saurik secara rasminya melancarkan Cydia Substract untuk penguna peranti Android.
Cydia adalah sumber terbuka yang terkenal dicipta oleh Saurik. Ia membolehkan ramai pengguna iOS memasang tweak, tema, hacks, dan aplikasi yang tidak di benarkan oleh Apple. Tetapi peranti iOS itu perlu di jailbreak dahulu sebelum sebarang pengubah-suaian dapat di lakukan. Cydia Substract untuk Android ini benar-benar bebas dan sama seperti Cydia di peranti iOS.
Saya tahu bahawa anda semua tidak sabar untuk memasang Cydia Substrat ini di peranti Android anda. Hanya pergi terus ke Google Play > Cari Cydia Substrat > Muat turun > install.
Jika anda seorang developer, anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai cara-cara untuk bekerja dengan substrat di http://www.cydiasubstrate.com/. Di sana, anda akan lihat pelbagai dokumentasi, alat, dan contoh-contoh untuk membantu anda . Substrat untuk Android juga berkongsi banyak konsep pembangunan dan API dengan substrat untuk platform lain.
P/s: Fungsi Cydia Substract dan Cydia adalah sama, iaitu melakukan pengubah-suaian dan muat-turun aplikasi secara haram. :P



































Sebuah lagi projek “benchmark” Oh! Media, sebuah syarikat yang beroperasi di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Dengan sokongan lebih 1 juta followers melalui social media, kami mensasarkan laman ini akan menjadi web teknologi nombor satu di Malaysia. 