Terdapat beberapa aplikasi yang jatuh ke dalam kategori Mesti Milik!. AppZapp Pro merupakan salah satu daripada mereka! Fungsi utama AppZapp adalah untuk memastikan anda sentiasa up-to-date berkenaan berita-berita aplikasi terbaru dalam App Store.
Bila sesebuah aplikasi berbayar di beri tempoh muat-turun secara percuma, atau sebarang berita mengenai aplikasi terbaru anda akan mengetahuinya melalui AppZapp,

Salah satu ciri yang anda dapat di AppZapp yang tidak ada di App Store ialah keupayaan untuk melihat semua aktiviti yang berkaitan dengan aplikasi. Termasuk dalam “Infos App & Aktiviti” seperti tarikh app dikeluarkan, tarikh semua perubahan harga dan tarikh kemas kini terbaru. Dengan maklumat ini, anda boleh mengenal pasti trend aplikasi.
User interface AppZapp yang mesra penguna juga menawarkan pilihan-pilihan berikut: Stream Live, Komuniti, Senarai Top, Jualan murah, Jualan Percuma, Aplikasi Baru, Berita, dan Tetapan.
P/s: Buat masa ini AppZapp Pro sedang menjalankan promosi muat-turun percuma dalam tempoh waktu yang terhad, jadi jangan lupa untuk Grabbb! aplikasi hebat ini ya!
Muat-turun di itunes: AppZapp Pro















Sebuah lagi projek “benchmark” Oh! Media, sebuah syarikat yang beroperasi di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Dengan sokongan lebih 1 juta followers melalui social media, kami mensasarkan laman ini akan menjadi web teknologi nombor satu di Malaysia. 