Curve 9360 Taruhan Baru Blackberry Berprestasi Tinggi

Hujung minggu yang lalu kami sempat mencuba model curve baru iaitu 9360 disebuah pusat membeli belah sekitar Kuala Lumpur. Dalam masa tidak sampai setengah jam mencuba dan membelek Curve 9360 kami rasa kami telah jatuh cinta degan model Curve terbaru ini. Lalu beberapa kajian dibuat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang CUrve 9360.

Blackberry Curve 9360 direka anggun dan nipis disamping ciri ergonomik melalui papan kekunci klasik. Selain sokongan WiFi, ia turut memiliki kamera beresolusi lima megapiksel dan dikongsikan dengan fungsi NFC dan ciri sambungan internet laju menggunakan webkit HTML5. Harga yang ditawarkan ialah sekitar RM1200.

RIM telah beralih daripada membuat Blackberry Curve line rasa murah. Sebaliknya, mereka telah memberikan rekaan yang elegan dan anggun sementara memastikan ia masih kekal dengan kos yang efektif bagi pengguna akhir.

Namun terdapat beberapa kelemahan pada Curve 9360. Sementara peranti lain telah menggunakan pemproses 1.2GHz, Curve 9360 masih kekal dengan pemproses 800MHz. Ia juga tidak mempunyai rakaman video HD.

Kesimpulannya, Curve 9360 merupakan “entry level” bagi Blackberry 7 Smartphone yang mana mampu menandingi Bold 9780 (Blackberry 6 flagship). Blackberry Curve 9360 ialah pilihan yang tepat jika anda memerlukan peranti yang baik tanpa perlu menghabiskan duit anda.

WTF Jeans – Jeans Untuk Penggemar Gajet

Pertama sekali kami dengar tentang jeans ini, kami seperti…..WTF! Kreatif gila orang di luar sana yang mereka jeans khas untuk pemggemar gajet.

WTF jeans dicipta oleh dua orang geek stelah mereka merasakan susah untuk mencari jeans yang berkualiti, murah dan gadget friendly. Oleh itu mereka telah mengupah pereka fesyen untuk mereka sepasang jeans.

Idea asal cuma untuk buat beberapa helai jeans tapi telah mendapat permintaan ramai daripada geek di serata dunia. WTF Jeans V1 telah habis dijual dan sekarang mereka dalam proses menghasilkan WTF Jeans V2 yang bakal dikeluarkan sebanyak 2028 (2GB) helai pada penghujung 2011.

Dengan WTF Jeans anda tidak lagi perlu risau yang gajet anda akan calar atau rosak. Tonton video di bawah untuk lihat dengan jelas lagi.

Video: Tutorial Melakukan Skil Dalam Fifa 12

Bagi peminat bola sepak, permainan video seperti Fifa mungkin menjadi koleksi mereka. Terbaru EA Sport telah melancarkan versi terbaru Fifa iaitu Fifa 12. Apa yang menarik tentang Fifa 12 ialah beberapa skil baru telah dimasukkan ke dalam permainan tersebut.

Bagi mereka yang ingin cuba melakukan skil-skil tersebut ketika bermain Fifa 12, kami menjumpai satu video cara melakukan skil yang dikongsi oleh seorang penggemar permainan Fifa. Melalui video tersebut, dapat dilihat bagaimana skil tersebut boleh dilakukan dengan menggunakan joystick.

Menurutnya lagi, cara yang ditunjukkan boleh diguna pakai untuk Xbox 360, PS3 dan juga PC. Tonton video tersebut di bawah. Enjoy!.

TuneUp Utilities 2012 Sudah Boleh Dimuat Turun

Bagi pengguna Windows mesti pernah dengar tentang perisian TuneUp Utilities iaitu satu perisian untuk tweak dan optimize sistem Windows.

Bagi peminat TuneUp Utilities, kini anda boleh mendapatkan versi terbaru, TuneUp Utilities 2012 yang dikemaskini dengan pelbagai fungsi baru.

Salah satu fungsi baru yang terdapat dalam TuneUp Utilities ialah PC Optimization Mode. Di mana terdapat tiga pilihan iaitu Economy, Standard dan Turbo.

Muat turun TuneUp Utilities 2012 di laman web rasmi TuneUp atau jika kelajuan internet anda tidak memuaskan boleh memuat turunnya di laman web Softpedia.

TuneUp Utilities 2012

TuneUp Utilities 2012 Softpedia.

[via Eins.my]

(Infografik) Perkara Menarik Tentang Facebook Yang Tidak Diketahui Ramai

Setiap hari kita menggunakan Facebook. Bahkan kami sendiri di OhGeekz menggunakan Facebook sebagai medium untuk berinteraksi dengan pembaca kami. Apabila mengetahui tentang sesuatu perkara menarik tentang medium sosial atas talian yang selalu dilayari suka untuk kami kongsikan bersama pembaca kami. Melalui amanz.my satu infografik perkara menarik tentang Facebook yang ramai tidak ketahui telah dikongsi bersama pengguna.

Asus Transformer 2 Pada Tahun 2012?

Zaman sekarang ramai rakyat Malaysia disajikan dengan pelbagai gajet daripada Apple terutamanya peranti tablet iPad 2. Tidak kurang juga tablet berplatformkan Android seperti Galaxy Tab dan Motorola Xoom. Tiga nama ini sudah biasa kita dengar dan kali ini kami ingin memperkenalkan satu lagi tablet yang bakal muncul pada tahun 2012.

Tablet ini dikatakan bakal menjanjikan sesuatu yang menarik dan luar biasa kepada pengguna di mana bakal menggunakan quad-core processor iaitu Kal El Tegra 3 dari Nvidia. Tablet yang dimaksudkan ialah ASUS Transformer 2. Bagi peminat dunia teknologi dan gajet, nama Nvidia memang tidak asing lagi apabila ia merupakan syarikat pengeluar kad grafik terkenal dalam dunia pengkomputeran.

ASUS Trasnformer 2 juga dikatakan bakal menjadi tablet pertama menggunakan Android Ice Cream Sandwich sebagai Sistem Pengoperasiannya(OS). Sesuatu yang menarik untuk kita sama-sama tunggu kemunculan tablet berkuasa tinggi ini apabila para penggosip dunia teknologi menjangkakan ASUS Transformer 2 bakal berada di pasaran pada awal tahun 2012.

Apple Memperkenalkan iPhone 4S dan Fungsi Kawalan Suara, Siri

Akhirnya teka-teki iPhone generasi baru terjawab juga apabila Apple telah pun memperkenalkan telefon pintar mereka yang tebaru iaitu iPhone 4S secara rasmi. Ramai yang kecewa kerana tiada iPhone 5 diperkenalkan. Bagi mereka iPhone 4S hanya membuang masa.

Telefon pintar terbaru Apple, iPhone 4S membawakan rekabentuk yang menyerupai iPhone 4 tetapi dengan beberapa penambah baikan pada cici-ciri dalaman dan spesifikasinya.

iPhone 4S masih menggunakan cip pemprosesan A5 seperti yang digunakan pada iPad tetapi dengan 7 kali lebih pantas berbanding sebelum ni. Jangka hanyat bateri juga dipertingkatkan dengan masa bercakap selama 8 jam melalui 3G.

iPhone 4S juga menitik beratkan sistem kamera. Kameranya telah dipertingkatkan dengan 8 megapiksel yang mana membawakan gambar bersaiz 3264×3228 dan menyokong rakaman HD 1080p. Selain itu, iPhone 4S juga menyokong fungsi face detection.

Di samping memperkenalkan iPhone 4S, Apple juga telah memperkenalkan fungsi kawalan suara yang dipanggil Siri pada iOS 5. Dengan hanya menggunakan suara anda boleh mengarah Siri melakukan pelbagai perkara seperti membalas email, membuat carian, menghantar mesej dan lain-lain. Ia ibarat pembantu peribadi anda. Namun fungsi tersebut masih diperingkat beta tetapi telah menunjukkan potensi yang besar.

Beberapa Perkara Menarik Tentang iOS 5

Selain daripada iPhone baru yang hangat dibincangkan, iOS terbaru juga tidak ketinggalan dalam memeriahkan dunia mudah alih. Berdasarkan kajian iOS merupakan sistem operasi mudah alih nombor satu dengan 43 peratus daripada pasaran. iTunes App Store pula merupakan kedai aplikasi mudah alih nombor satu dengan pengguna memuat turun lebih daripada 18 billion aplikasi sehingga kini. 1 billion muat turun setiap bulan. Apple juga telah membayar lebih 3 billion kepada pembangun aplikasi.

Apple juga memperkenalkan aplikasi baru iaitu Cards. Cards membolehkan pengguna mereka kad ucapan pada iPhone dan iPad dan Apple akan mengeluarkan dan mengedarkan kad tersebut pada kos $2.99 di Amerika Syarikat, dan $4.99 untuk antarabangsa.

iOS terbaru iaitu iOS 5 mempunyai lebih 200 ciri baru antaranya ialah iMessage. iMessage ialah servis penghantaran khidmat ringkas terbaru antara pengguna iOS.

Seterusnya ialah Reminder, menawarkan fungsi reminder berdasarkan geo lokasi seperti memberi tahu anda untuk mengambil anak anda di sekolah selepas waktu makan tengah hari.

Integrasi Twitter yang lebih mendalam pada iOS 5. Anda boleh tweet gambar, laman web daripada Safari dan video daripada Youtube.

Newsstand – Satu aplikasi yang akan menguruskan langganan majalah anda dan memuat turun isu-isu baru secara automatik. Dengan cara ini anda tidak akan ketinggalan mmembaca majalah, surat khabar kegemaran anda setiap bulan.Tidak dapat dipastikan sama ada servis ini disokong di Malaysia atau tidak.

Seterusnya ialah Safari yang mana fungsi cariannya telah dikemaskini dan penggunaan Safari yang lebih mesra pengguna untuk melayari web tanpa menggunakan PC.

iOS 5 akan dilancarkan secara rasmi kepada pengguna pada 12 Oktober ini.

Apple juga memperkenalkan iCloud, storan data atas awan. Melaluinya setiap lagu yang dibeli menggunakan iPhone dan iPad di iTunes akan di muat turun secara automatik ke Mac anda tanpa bayaran tambahan.

Melalui Photo Stream juga, gambar yang diambil akan dihantar terus ke iCloud dan di muat turun ke semua peranti Apple anda. Perkara yang sama juga terjadi kepada setiap dokumen yang anda sync dengan iCloud.

Find My iPhone juga telah dikemaskini untuk mencari Mac.

Aplikasi baru, Find My Friends diperkenalkan. Melaluinya, anda boleh mengetahui lokasi rakan dan keluarga anda. Walaubagaimanapun anda boleh mengawal fungsi ini sama ada membenarkan orang lain mencari anda atau tidak.

‘Pengguna Tidak Mahu Tablet Mereka Mahukan iPad’ – All Things D

Bercakap tentang iPad, Tim Cook memberitahu iPad boleh kelihatan di mana-mana saja. Di sekolah, kanak-kanak menggunakan iPad untuk belajar dengan cara yang paling seronok. Setiap bandar di U.S sekarang mempunyai program iPad pilot dan hampir 1000 sekolah mempunyai program satu degan satu. Dan lebih 1000 universiti di U.S mempunyai program iPad.

iPad juga boleh kelihatan di cockpits kapal terbang dan di hospital. Lebih 80% hospital terkenal di U.S. mencuba dan menggunakan iPad dan 92% orang kaya menggunakan iPad.

Metrik yang ditunjukkan berdasarkan 18 bulan sejak iPad pertama dijual. Tiga daripada empat tablet dijual di U.S. ialah iPad.

16 Billion Lagu Dimuat Turun Melalui iTunes

10 tahun yang dulu peranti muzik pertama dari Apple, iPod dilancarkan. Bermula saat itu pelbagai perkara baru dibawa oleh Apple kepada industri muzik dan iPod menjadi pemain muzik nombor satu di dunia. Sehingga kini, Apple telah menjual lebih daripada 300 juta iPod.

Tim Cook menjelaskan iPod merupakan perniagaan penting kepada Apple ini kerana 16 juta lagu telah dimuat turun melalui iTunes menjadikannya kedai muzik atas talian yang paling berjaya.